Ada beberapa perkara yang boleh merosakkan kesihatan kita. Lebih sukar lagi apabila kita sudah terbiasa melakukan perkara yang sama ini.
Jadi kami di Nakbebel menyenaraikan beberapa tabiat harian yang boleh menyebabkan anda sakit.
1- Mengelakkan diri dari bersin
Bila kita tutup mulut dan picit hidung untuk cegah diri dari bersin, ia menyebabkan peningkatan tekanan intrakranikal yang ketara. Saluran darah ke otak kita terganggu dan saluran darah dan saraf termampat. Ia boleh menyebabkan kita berasa sakit kepala dan mengakibatkan masalah pendengaran. Jangan sekali-kali menghentikan diri dari bersin.
2- Minyak wangi
Bahan-bahan sintetik kerap digunakan untuk membuat minyak wangi kerana ia akan mengeluarkan bau-bauan yang sedap. Namun bahan-bahan ini boleh menyebabkan kita berasa pening, loya dan mengantuk. Boleh jika nak pakai minyak wangi, tapi kurang kan kuantitinya. Cukuplah sekadar kita dan orang lain berasa selesa dengan bau harumannya.
3- Menggunakan telefon bimbit sebelum tidur
Cahaya buatan pada waktu malam akan menyekat pengeluaran "melatonin hormon" yang mengawal tidur dan bangun kita. Melatonin yang rendah boleh mengakibatkan kemurungan, kanser mata, penyakit jantung dan sistem imunisasi yang rapuh. Oleh itu, tidur awal adalah pilihan yang tepat untuk meningkatkan kesihatan anda.
4- Menyimpan makanan di dalam bekas plastik
Majoriti anda telah didedahkan tentang kotak plastik yang mengandungi bahan kimia seperti phthalate dan bisphenol, untuk membantu kekal fleksibiliti mereka. Jika disimpan untuk masa yang lama dalam kotak plastik, bahan kimia boleh meresap ke dalam makanan. Cara yang lebih baik jika ingin menyimpan bahan makanan adalah simpan dalam bekas yang diperbuat dari kaca, stainless stell atau seramik. Anda juga boleh perhatikan pada simbol-simbol diatas, kerana ia adalah info yang berguna tentang bagaimana kegunaan bekas.
5- Berus gigi sebaik habis makan
Para doktor gigi mengesyorkan bahawa anda perlu berus gigi sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan. Lebih baik, satu jam selepas makan. Makanan dan minuman terutamanya yang sangat berasid memberi kesan kepada gigi dan lapisan dibawahnya (dentin). Ia boleh menyebabkan kepada gigi sensitif .
6- Pakai jeans yang ketat
Walaupun ia mungkin nampak bergaya namun seluar jeans ketat akan memberi tekanan kepada kulit dan saraf dibahagian bawah kaki. Ia menyebabkan rasa tidak selesa yang berterusan dan akibatnya membawa kepada masalah sistem saraf. Aliran udara yang kurang pada kaki boleh menyebabkan rasa gatal-gatal atau semut-semut dan akhirnya buat kaki anda rasa kebas.
Sumber: bmj journal, mayoclinic, curapelanatureza, livescience. Via Nakbebel
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2y8WXyV
via IFTTT