SUDAH lebih seminggu berlalu, namun tragedi menyayat hati yang mengorbankan 23 nyawa dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih diperkatakan ramai.
Menurut laporan Astro Awani, ramai pihak yang tampil memberi sumbangan untuk meringankan beban mangsa dan keluarga.
Paling terbaharu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, menyatakan kesediaan mengambil anak-anak tahfiz sebagai anak-anak angkatnya, selain berhajat membawa mangsa ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
Kata pengasas produk Qu Puteh ini, beliau cukup terkesan kerana dua anaknya juga meninggal dunia dalam kebakaran, beberapa tahun lalu.
Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah perkongsian Vida dalam satu video Facebook Live, di mana beliau berbual dengan pengetua pusat tahfiz terbabit.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xrMU57
via IFTTT