Saturday, 23 September 2017

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte Arah Polis Tembak Mati Anaknya Sendiri Jika Terlibat Dengan Dadah


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengarahkan polis melakukan siasatan dalam kempen memerangi mengikut peraturan ditetapkan walaupun jika membabitkan anak-anaknya.

Duterte menegaskan dia sendiri mengarahkan polis menembak mati anaknya jika terbukti terbabit dalam kegiatan dadah.

“Arahan saya sebelum ini jelas, jika ada anak saya terbabit dengan dadah, bunuh mereka supaya rakyat tidak boleh berkata apa.

“Saya beritahu Paolo, arahan saya ialah bunuh kamu jika kamu ditangkap dan saya akan melindungi polis yang membunuh kamu,” katanya di Manila, semalam.

Paolo, 42, yang hadir ke siasatan Senat, menafikan tuduhan ahli parlimen pembangkang dia terbabit dalam kegiatan penyeludupan methamphetamine dari China.

Duterte yang tidak merujuk secara langsung kepada tuduhan itu berkata, semua anaknya tidak terbabit dengan dadah tetapi jika ada, mereka akan menerima hukuman berat.

Sejak Duterte, 72, berkuasa pertengahan tahun lalu, polis dilaporkan menembak mati lebih 3,800 suspek dadah.

Ribuan lagi mati yang didakwa pembangkang dan aktivis hak asasi manusia kerana dibunuh skuad pembunuh khas polis.

Sementara itu, ribuan penentang Duterte menggadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah kempen anti dadah dan ancaman mengisytiharkan perintah darurat oleh pemimpin itu.

Polis anti-rusuhan ditempatkan di seluruh Manila bagi mengawal keadaan dan mengelak kedua-dua kumpulan bertembung.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xmZ3uA
via IFTTT