Tuesday, 26 September 2017

Gadis Malang Dirogol Bergilir-Gilir Dan Dilacur RM 700 Kepada Warga Emas 82 Tahun



Bukan sahaja dirogol, malah dipaksa melayan nafsu binatang seorang warga emas berusia 82 tahun yang telah membayar RM 700 untuk memuaskan nafsu serakahnya. Itulah detik hitam yang terpaksa dilalui oleh seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Miri, Sarawak.

Bukan itu sahaja, pengalaman ngeri remaja tersebut berterusan apabila dipaksa oleh perogolnya untuk melayani nafsu dua orang lagi lelaki secara bergilir di lokasi berasingan dan dipukul jika enggan berbuat demikian.

Polis yang menerima aduan tersebut telah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang disyaki terlibat didalam kes tersebut dan kini giat mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan mangsa.

Supritendan Jonathan Ringgit, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri berkata, kejadian tersebut terbongkar apabila bapa gadis malang tersebut yang berusia 55 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri pada Rabu lalu.

"Polis sudah memberkas seorang perogol yang terbabit dan kini direman selama enam hari bermula hari ini,," katanya.

Manakala mangsa telah dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan kesihatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan. - BH Online | Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jWM0dw
via IFTTT