Saban hari kita disajikan dengan pelbagai masalah yang melanda golongan remaja termasuklah mereka yang masih di bangku sekolah. Paling menggemparkan adalah apabila pihak polis mendedahkan ada suspek yang didakwa membakar tahfiz yang mengorbankan lebih dari 20 nyawa hanya berusia belasan tahun.
Terbaru adalah kes kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun melahirkan bayi serta kes seorang pelajar memukul kepala gurunya dengan bata ketika guru tersebut sedang solat. Apabila ada sahaja kes yang melibatkan pelajar, yang menjadi mangsa adalah guru, dituduh gagal mendidik pelajarnya menjadi manusia.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh telah berkongsi kisah dan keluhan yang dikatakan dari rakannya yang bekerja sebagai seorang guru. Kami kongsikan kisahnya untuk anda baca di bawah.
Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita 'blue' kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah.
Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.
Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri. Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata. Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?
Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol lucah) kepada guru mereka. Hari ini guru tersebut bercerita,
"Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar.
Murid itu dengan berang berkata, '' Pantat mana yang tutup kipas ni.''
Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil 'pantat'? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru.
Sangat kurang ajar!
Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.
Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.
Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.
Apa itu tidak pelik?
Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman.
Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik.
"Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik."
Bilamana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!
Sumber : Mohd Fadli Salleh via Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xx3mTc
via IFTTT