Sunday, 24 September 2017

Awas Jika Menjumpai Skru Seperti Ini Di Tandas Awam. Anda Mungkin Akan Menjadi Mangsa..


Anda mungkin akan menjadi mangsa lelaki hidung belang. Teknologi yang semakin canggih direka untuk memudahkan apa sahaja aktiviti kehidupan kita. Namun, teknologi boleh menjadi bahaya jika berada di tangan yang salah. Contohnya seperti salah guna kamera pengintip yang digunakan untuk mengintip orang ketika sedang berada di tandas.

Kamera pentintip biasanya akan datang dalam bentuk jam, pen, mainan, dan sebagainya. Tapi sekarang ada yang buat gelisah, iaitu kamera pengintip dalam bentuk skru pintu tandas. Hal itu diluahkan oleh salah seorang netizen (kejadian luar negara) apabila mendapat tahu ada kamera tersembunyi di dalam skru di sebuah tandas awam.


“Ini adalah peringatan untuk semua orang yang biasa menggunakan tandas awam, khususnya untuk wanita. Hati-hati kerana ada individu yang ingin mengugut anda dan mencari cara untuk memasukan kamera tersembunyi dalam skru di dalam tandas. Mereka akan mengambil gambar anda dan kemudian memuat naiknya ke laman web dewasa. ”

“Mereka mungkin menggunakan gambar tak senonoh untuk mengugut anda. Jadi, ingatkan para isteri, teman wanita, anak perempuan, dan semua wanita tentang ini sehingga mereka tidak akan jadi mangsa.”


Amaran tersebut telah membuat netizen jadi berhati-hati ketika menggunakan tandas awam atau bilik persalinan pakaian awam. Ini kerana kamera tersembunyi mirip skru susah dibezakan mana skru yang asal, dan mana skru yang ada kameranya.

Anda boleh perhatikan sendiri ciri-ciri skru yang ada kamera tersembunyinya dalam gambar di atas.

Sumber: Laicikang.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fhCjkI
via IFTTT