Saturday, 23 September 2017

Ramai Orang Yang Tidak Tahu Disebalik Kisah Kartun Shin Chan Ada Sedihnya.


Anime Shin Chan sememangnya sangat terkenal dengan lawak jenaka yang tak henti-henti. Siri anime yang berasal dari Jepun ini akan sentiasa membuatkan anda rasa terhibur dengan setiap adegan yang ditayangkan sama ada dalam internet atau di televisyen. Kalau di Malaysia, Shin Chan ditayangkan di NTV7 pada jam 7.00 petang setiap hari Sabtu.

Manga atau anime karya Yoshito Usui ini sangat dikenali dengan kisah lucu dan sesuai untuk ditonton tanpa mengira umur dan jantina. Kanak-kanak mahupun dewasa mesti akan terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Shin Chan dan watak-watak lain dalam anime ini.


Kali ini, penulis ingin memberitahu terdapatnya berita mengenai kisah sedih disebalik keriangan yang ada pada diri budak yang berumur 5 tahun ini. Shin Chan memang terkenal dengan sikapnya yang periang. Tahukah anda kisah sedih yang berlaku di sebalik siri anime Crayon Shin Chan ini?

Kisah didengari dari negara Jepun tentang masyarakat bandar yang memiliki banyak cerita yang sangat menyentuh hati.

Salah satu kisah yang terkenal di Jepun ialah tentang seorang ibu yang kehilangan dua anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu itu ialah Misae. Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian datangnya kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu. Melihat kejadian yang berlaku di mana adiknya berada dalam bahaya, Shin Chan berusaha untuk selamatkan adiknya. Tanpa diduga Shin Chan turut terkorban dalam kemalangan itu.


Misae sangat terkejut dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi satu kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.

Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini. Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah bersumberkan cerita kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.

Di khabarkan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama Crayon Shin Chan. Selain itu, masyarakat Jepun menganggap ini merupakan kisah benar untuk dijadikan pedoman.

Di Malaysia, Crayon Shin Chan lebih ramai yang menontonnya atau dibaca oleh kanak-kanak. Tapi di Jepun, anime ini merupakan kegemaran orang dewasa yang sangat suka untuk dijadikan hiburan mengisi masa lapang!

Sumber: Ohmediaonline


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wOFRRU
via IFTTT