Thursday, 28 September 2017

Dendam Diejek Tidak Kacak, Lelaki Cabul, Rogol Dan Bunuh Remaja Perempuan


JAWA, INDONESIA - Mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui di sawah dalam keadaan separuh bogel dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh, lapor Detik News. 

Mangsa, Eka Yuniarti, 15, ditemui di sebuah pondok sawah di Pasuruan pada jam 11 pagi, Selasa lalu dalam keadaan separuh bogel dan terlentang dan kemaluannya berdarah. Selain itu, bahagian mata dan mulutnya didapati mengalami kecederaan. 

Polis juga menemui beberapa pakaian milik mangsa dan juga seketul batu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa. 


Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menyoal siasat beberapa individu yang mengenali mangsa. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17, yang dipercayai telah membunuh mangsa, di rumahnya pada jam 3.50 petang, Rabu.

Berdasarkan siasatan, Muhammad Madinatul Huda, merupakan rakan mangsa, mengaku telah mencabul, merogol dan membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di pondok sawah tersebut. 


Suspek berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suspek bersama enam lagi rakannya termasuk mangsa dikatakan sedang minum minuman keras sehingga mabuk sekitar jam 9 malam pada Isnin lalu. 

Ketika sedang menikmati minuman tersebut, kumpulan itu ternampak sebuah kereta polis yang sedang meronda, menyebabkan mereka semua panik lalu melarikan diri. 

Kebetulan mangsa dan suspek lari bersama-sama ke kawasan sawah dan bersembunyi di sebuah pondok. Ketika sedang bersembunyi, suspek telah bertindak meraba-raba mangsa. Mangsa cuba melawan, tetapi tindakannya itu menyebabkan suspek berang lalu menumbuk dan memukul kepalanya dengan batu bata. 

Selepas memuaskan nafsunya, suspek sekali lagi memukul kepala mangsa menggunakan kayu dan mencekiknya sehingga mati. Malah, suspek turut menusuk kemaluan mangsa menggunakan sebatang kayu. 


"Di waktu tengah malam, saya cekik lehernya dengan kayu dan menghempuk mukanya dengan batu. Semua itu saya lakukan seorang diri tanpa bantuan orang lain.

"Kami sudah saling mengenali sesama diri dan pernah keluar bersama. Saya membunuhnya kerana saya kesal dengan dia (mangsa) yang selalu mengejek saya di depan kekasihnya," katanya. 

Siasatan mendapati, suspek bertindak demikian kerana menyimpan dendam terhadap mangsa yang sebelum ini kerap kali mengejek dia di depan kekasihnya. 

Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada empat lagi suspek yang ditahan terlibat dalam jenayah itu. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wXYkAC
via IFTTT