Friday, 1 November 2019

Wanita Kena Keluar 2 Minggu Sekali Agar Mental Kekal Sihat


Peranan kawan kadang-kadang boleh menjadi ahli keluarga terdekat pada satu-satu masa. Perkara ini kurang difahami kerana agak klise buat ramai.

Apatah lagi, apabila anda tinggal berjauhan daripada keluarga, apa-apa masalah atau demam semua memerlukan bantuan orang-orang terdekat. Oleh itu, hubungan dengan kawan sudah pasti menjadi lebih utuh apabila semua sesuatu perkara dibuat bersama. Makan bersama, bersantai bersama dan sebagainya.

Memetik sebuah kajian yang dijalankan oleh Oxford University, hubungan persahabatan ini terbukti memainkan peranan sangat penting dalam kesihatan wanita. Kajian itu turut mendedahkan wanita berhak untuk keluar dengan kawan-kawan wanita mereka dengan lebih kerap.

Kajian ini menekankan lagi bahawa wanita yang sering bertemu sekurangnya dua kali seminggu adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan.

Pengkaji di belakang kajian itu, Robin Dunbar menegaskan dalam satu temuramah bahawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan wanita bertambah baik apabila mereka bersama kawan-kawan wanita mereka berkumpul dua kali seminggu untuk membuat aktiviti bersama.


Aktiviti yang dijalankan seperti bergosip, bercuti dan sebagainya. Kajian ini juga menghubungkan tempoh masa kualiti dengan kawan wanita lain dengan banyak kelebihan kesihatan utama seperti sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat, tahap kurang keresahan dan peningkatan kemurahan hati.

Namun, tidak semua persahabatan itu adalah sama. Tidak semua wanita memerlukan ‘skuad’, dan memiliki hubungan yang baik-baik saja. Kajian ini mengesyorkan untuk mempunyai 4 orang kawan untuk menghabiskan masa bersama adalah jumlah maksima untuk mencapai kelebihan kesihatan fizikal dan mental.

“Pengajian menunjukkan bahawa wanita, [mungkin] lebih memerlukan dari lelaki, perlu mengekalkan hubungan ini. Ia meningkatkan serotonin dan oxytocin, yang merupakan hormon ikatan atau kasih sayang. Ia membuatkan kita rasa dipupuk dan dengan rakan-rakan, kita boleh menjadi diri kita sendiri, tanpa tekanan luar. “ - Alisa Ruby Bash, PsyD, LMFT

Kajian turut mendapati bahawa interaksi terbaik adalah apabila mereka berborak tentang sesuatu yang membuat mereka ketawa. Ketawa justeru adalah ubat kesihatan mental yang terbaik.

Walau bagaimanapun, jika kumpulan ini melebihi 5 orang, ia akan menghasilkan endorphin untuk keseronokan yang tidak lagi boleh dipercayai.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WydQwD
via IFTTT