Monday 25 November 2019

Suntikan Pencegah Kehamilan Pertama Di Dunia Untuk Kaum Lelaki Bakal Dipasarkan


Kalau kita cakap tentang kaedah pencegah kehamilan, ia kebanyakannya dikaitkan dengan kaum wanita contohnya pil perancang, suntikan, pemasangan implan dan IUD.

Selain kaedah vasektomi atau penggunaan kondom, setakat ini belum ada lagi produk atau kaedah pencegah kehamilan yang dibuat untuk kaum lelaki dalam usaha menjarakkan kehamilan isteri.

Namun, dalam sebuah laporan terkini menerusi The Hindustan Times, The Indian Council for Medical Research telah menyiapkan sebuah alat kontraseptif khas buat kaum lelaki dengan kadar keberkesanan sebanyak 97.3% tanpa sebarang kesan sampingan.

SUNTIKAN PENCEGAH KEHAMILAN BAGI LELAKI YANG PERTAMA DI DUNIA

Alat kontraseptif ini berfungsi melalui suntikan pada bahagian vas deferens, iaitu tiub mengandungi sperma berdekatan dengan organ testikel.

Suntikan ini memgandungi sejenis polimer yang digelar Steryene Maleic Anhydride, yang telah dihasilkan sejak tahun 1970an dalam menghalang produksi sperma.


BERKESAN MENCEGAH KEHAMILAN SEHINGGA 13 TAHUN

Menurut laporan tersebut, suntikan ini adalah efektif selama 13 tahun. (Wah, lama sangat ni?)

Namun ia dikatakan sesuai dengan fungsinya kerana suntikan ini direka khas sebagai alternatif bagi pembedahan vasektomi.

Suntikan perancang pertama di dunia untuk lelaki ini dianggarkan akan mendapat kelulusan dalam tempoh 6 bulan sebelum dikilangkan, kata VG Somani, Drug Controller General of India.

KAEDAH KONTRASEPTIF SEMAKIN POPULAR DI KALANGAN LELAKI

Walaupun ada yang merasakan pencegah kehamilan bagi lelaki ianya sebagai sesuatu yang ‘mengarut’ atau ‘mustahil’, tetapi jangan terkejut kerana makin ramai lelaki yang menunjukkan minat untuk mendapatkannya atas pelbagai faktor, seperti yang pernah dilaporkan dalam sebuah kajian menerusi The Independent.

Pencegah Kehamilan

Menurut IFLScience dalam sebuah poll, didapati hampir 1/3 warga Britain sanggup menggunakan kaedah kontraseptif, di mana kadar ini meningkat hingga 40% di kalangan lelaki yang berusia 25 hingga 49 tahun.

Menurut laporan The Hindustan Times lagi, kaedah ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia kerana prosedur ianya dikatakan ‘less invasive‘ berbanding vasektomi.

Sumber: https://siraplimau.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pN61XK
via IFTTT