Wednesday 27 November 2019

Selepas Ditinggal Isteri, Suami Sumbat Anak Dalam Beg Dan Letak Depan Kedai Kerana Tak Mampu Membesarkan Anak


Seorang lelaki dirakam meninggalkan anak lelakinya yang disumbat di dalam sebuah beg di hadapan sebuah kedai di Shandong, Laixi.

Menurut Shanghaiist, kira-kira lima jam selepas ditinggalkan di situ, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beg berkenaan bergerak-gerak dari dalam.

Tidak lama kemudian, keluar seorang budak lelaki berusia tiga tahun sebelum mangsa mula menangis.


Kejadian disedari orang awam selepas pengunjung restoran berhampiran terdengar tangisan kanak-kanak itu sebelum menghubungi polis.


Polis berkata, bapa mangsa jatuh sakit dan tiada sumber kewangan untuk mendapatkan rawatan, manakala isterinya telah meninggalkan mereka dua beranak.

Budak itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh dan dilaporkan dalam keadaan sihat. Dikatakan bahawa dia kini tinggal di Institusi Kebajikan Kanak-kanak Qingdao.

Bapa mangsa kini berada dalam tahanan, dan siasatan lanjut sedang dalam proses.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/37ITkhV
via IFTTT