Tuesday 26 November 2019

Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat, Usaha Selagi Boleh


Dikongsikan oleh Norsuhaila Mohd Zuki, tentang kebaikkan pokok dukung anak ni. Jom baca.

Saya baru balik berurut dengan seorang makcik.. dia beritahu anaknya dah 4 tahun kahwin tak dapat zuriat, dan ada orang beritahu agar rebus daun dukung anak ni dan minum... 

Alhamdulillah anaknya baru selamat bersalinkan anak pertama 2 bulan yang lalu... begitu juga dengan kawan kawan anknya yang tak dapat anak pun lepas minum air daun ni terus mengandung.

Saya kongsikan perkara ni mana tahu dapat membantu para wanita di luar sana yang masih tidak dikurniakan zuriat. Saya tak jual daun ni ya.


Ni makcik tu petikkan di belakang rumahnya masa saya nak balik tadi sebab makcik tu kata boleh tunjuk pada rakan rakan yang lain..makcik tu pun sebelum ni tak pernah tahu tentang kebaikan daun ni, bila ada yg beritahu anknya dan Alhamdulillah dgn izin Allah, anknya dapat zuriat dan sebab tu dia mula kongsikan...


Makcik tu kata daun ni mudah ditemui, kadang-kadang tumbuh sekitar pasu pasu bunga.. untuk bayi kena kuning pun elok juga... baru teringat makcik tu ada beritahu...

Tips nak rebus:

Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air.

Rebus sampai airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air.

Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Kita usaha selebihnya Allah jua yang mengizinkan.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2XNBVjo
via IFTTT