Friday, 22 November 2019

Menurut Kajian, Makan Aiskrim Waktu Sarapan Boleh Buatkan Anda Lebih Bijak


Ada yang berpendapat makan aiskrim boleh menggemukkan. Namun, itu semua hanya mitos semata-mata kerana aiskrim sebenarnya mengandungi lemak tidak tepu yang tidak mengemukkan jika diambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Malah, sebenarnya makan aiskrim banyak khasiatnya:

1. Bantu Pertumbuhan Tulang dan Gigi

Aiskrim kaya dengan kalsium yang juga berperanan menjaga  kepadatan jisim tulang, mencegah osteoporesis, kanser dan hipertensi daripada berlaku.

2, Bertindak Sebagai Antibodi

Aiskrim mengandungi kandungan susu sebanyak 20-30% yang berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap pathogen iaitu agen penyebab penyakit.


3. Merawat Tonsil

Anda tahu, aiskrim berperisa Vanila mampu mengubati tonsil selain menenangkan saraf, mengurangkan berat badan dan menaikkan mood anda.

4. Tingkatkan Tahap Kecerdasan 

Profesor Yoshihiko Koga dari Universiti Kyorin, Tokyo, Jepun mendapati, makan aiskrim semasa sarapan menjadikan seseorang lebih bijak kerana ia membolehkan anda memproses maklumat baru lebih baik dan tindak balas yang lebih cepat.

Menurut portal Telegraph, Yoshihiko mendapati aiskrim membantu meningkatkan frekuensi gelombang otak yang dikaitkan dengan pengurangan rasa kejengkelan mental dan tahap kewaspadaan tinggi.

Wah, pasti ramai yang tidak tahu mengenai khasiat makan aiskrim ini, bukan? Kini tiada lagi alasan untuk tidak memberikan anak anda menikmati kelazatan ais krim. Selamat menikmatinya!

*MAKAN BIARLAH BERPADA-PADA. JANGAN MAIN BEDAL JE*


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ODxwLH
via IFTTT