Saturday, 23 November 2019

Fasih Baca Doa, Ibu Kanak-kanak Ini Tak Kisah Anak Belajar Di Pasti


Kebiasaannya, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dipenuhi dengan kanak-kanak Melayu kerana ia merupakan pusat pendidikan yang berasaskan pembelajaran agama Islam.

Namun, berbeza pula dengan sebuah sekolah PASTI di Johor ini yang seorang pelajarnya merupakan kanak-kanak berbangsa India.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ismail telah memuat naik beberapa keping gambar Reshannya yang turut berjaya menghafal dengan lancar beberapa potongan doa seperti doa makan dan doa belajar dalam bahasa Arab.


“Adik Reshannya, pelajar yang cukup istimewa daripada PASTI kami. Fasih membaca doa makan dan doa sebelum belajar dalam Bahasa Arab,” katanya.


Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dan rata-rata mereka memuji tindakan murni ibu bapa Reshannya disamping mendoakan kecemerlangan buat kanak-kanak tersebut.




Hebat betul! Tak sangka masih ada yang nak belajar dalam bahasa Arab walaupun berlainan bangsa. Semoga adik Resha terus berjaya dan cemerlang dalam pembelajaran. Terbaiklah!

Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pMn8cn
via IFTTT