Sejak semalam, tular di laman sosial mengenai isu bendera Malaysia yang ditayangkan di skrin ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan.
Perkara ini adalah kerana bendera Malaysia yang ditayangkan di skrin ketika berlakunya satu acara pembukaan memperlihatkan hanya terdapat 5 bucu bintang di bendera tersebut.
Video ketika nyanyian lagu Negaraku dan memaparkan visual bendera tersebut tular di media sosial dan mendapat kecaman hebat daripada rata-rata netizen. Ada yang mendakwa bahawa perkara sedemikian seolah-olah tidak menghormati Jalur Gemilang.
Terpalit dengan perkara tersebut, pihak bertanggungjawab iaitu Malaysia Basketball Association(MABA) telah memuat naik permohonan maaf melalui akaun Facebook rasmi mereka.
Menurut kenyataan permohonan maaf tersebut, pihak MABA menyatakan bahawa kesilapan tersebut adalah secara tidak sengaja dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapan itu.
Pihak MABA juga menyatakan kesungguhan mereka untuk terus mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia. Kejadian yang berlaku seperti ini diharapkan tidak berulang lagi.
Sumber: https://ift.tt/2Q1rIxS
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2DfE2mJ
via IFTTT