Saturday, 23 November 2019

Pulang Ke Rumah Untuk Buat Kejutan, Lelaki Ini Meraung Lihat Ayah Sudah Meninggal


Hasrat seorang lelaki yang mahu membuat kejutan untuk bapanya sempena Hari Bapa bertukar menjadi satu peristiwa yang menyedihkan buat dirinya.

Menurut sumber, lelaki berkenaan sudah beberapa lama tidak pulang ke rumah kerana kekangan kerja. Namun, apabila tiba di rumah, dia mendapati bapanya sudah pergi buat selama-lamanya.

Lelaki itu lantas memeluk dan cuba mengejutkan bapanya sambil meraung kesedihan.


Dalam satu rakaman video menunjukkan lelaki itu turut membawa hadiah dan belon semata-mata untuk meraikan Hari Bapa bersama-sama. Beberapa individu dipercayai ibu dan adik-beradik lelaki itu cuba untuk memujuknya supaya bersabar menerima dugaan takdir.

Video itu kemudiannya dimuat naik ke Facebook dan mendapat lebih daripada 12 juta tontonan.

Rata-rata netizen yang turut sebak mendoakan agar lelaki itu dan keluarganya dapat menerima takdir seadanya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.


Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35AdokN
via IFTTT