Friday, 22 November 2019

Kena Rajin Makan Sayur Taugeh Kalau Nak Turunkan Berat Badan


Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein.

Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan.

Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, amalkan memakan sayur taugeh.

Berikut merupakan antara khasiat yang ada di dalam sayur taugeh :

1- Sumber Enzim

Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.

Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.

2- Sumber Protein

Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.


Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.

3- Mudah Dihadamkan

Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.

4- Menurunkan Berat Badan

Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.

Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

5- Meningkatkan Kesuburan

Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.

6- Mencegah Anemia

Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah.

Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.

Petua "orang lama" pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan subur.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QJu4Cc
via IFTTT