Tuesday 26 November 2019

Isteri, Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur


Isteri…Tolong jangan check hp suami..kalau tak nak hati hancur…Kadang-kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya…

Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam…tak terlintas langsung untuk nak check apa yang ada dalam hp suami walaupun kadangkala gerak geri dan tingkah laku suami itu mencurigakan…hp sentiasa ditangan, hatta ke tandas sekalipun…

Saat seorang isteri pegang dan tengok apa yang ada didalam hp suaminya, saat itulah hati dia terluka dan sedih, saat itulah segala bentuk kemungkaran, kemaksiatan yang cuba diselindungkan dari pengetahuannya terbongkar…

Hati isteri mana yang tak hancur…?


Ada suami yang berperwatakan alim, sembahyang cukup 5 waktu, tapi dlm hp penuh dengan video dan gambar lucah…ada suami yang selalu balik kerja lambat, bila tengok dalam hp, rupa2nya tengah berkasih-kasihan ditempat kerja dengan org lain…

Ada suami yang makan minumnya selalu terjaga, tapi dalam hpnya dia cakap dia tak bahagia dan isterinya tak pandai jaga dia…ada suami yang lebih teruk lagi dari suami2 diatas, dalam hpnya dia mengaku “dia bujang lagi”…

Tiada apa lagi yang perlu disorokkan saat ALLAH bongkarkan semua perbuatan itu…ALLAH takkan melindungi seorang suami yang berlaku dusta terhadap isteri…tapi, lelaki selalu bernasib baik sebab hati seorang isteri itu diciptakan penuh dengan kelembutan….

“Anda akan dapat peluang kedua”

Namun ini bukan satu jaminan kerana walaupun rambut sama hitam, tapi hati lain2…bukan semua isteri mampu beri peluang kedua…sedarlah, anda langsung tidak mampu menyembunyikan apa2 dari seorang isteri kerana doanya dekat dengan ALLAH…

Kredit: Firdaus Shakirin


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QQKWXy
via IFTTT