Seekor kucing betina yang sarat mengandung terpaksa menanggung derita akibat disimbah dengan minyak panas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Kucing malang itu ditemui oleh seorang wanita yang kemudian membawanya pulang ke rumah untuk dirawat.
Menurut Nora Wafeeqa, dia menemui kucing yang diberi nama Angel itu dalam keadaan tidak bermaya selepas terhidu bau seakan-akan daging masak.
Nora yang terkejut melihat keadaan Angel memberitahu, dia tidak menyangka ada manusia yang sanggup menganiaya binatang dengan begitu kejam.
Nora berkata, walaupun dalam keadaan cedera parah, Angel berjaya melahirkan empat ekor anak kucing comel yang dikemudiannya diletakkan bersama ibu tumpang untuk disusukan.
Kata Nora lagi, selepas menerima rawatan rapi dari doktor haiwan, keadaan Angel kini beransur pulih walaupun ianya tidak seperti dulu lagi.
Sumber: https://ift.tt/2TP95R3
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OOPF9H
via IFTTT