Friday, 22 November 2019

"Kesianlah Saya Dan Anak Bini Saya"


Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang untuk seseorang itu mencipta nama dan kerjayanya sendiri.

Apa yang terjadi di dunia ini harus diteruskan seperti lelaki yang dikenali sebagai Pak Busu yang tetap tabah mencari rezeki buat isteri serta dua anaknya.

Walaupun kekurangan keupayaan namun sikap dan motivasi Pak Busu ini harus dijadikan contoh buat semua masyarakat terutamanya anak muda agar terus rajin mencari rezeki dan tidak mudah putus asa.

Dia yang merupakan seorang ayah kepada dua cahaya mata serta bekerja sebagai mekanik kereta di Melaka. Menerusi satu status di Facebook milinya, dia meluahkan rasa sedih kerana sejak kebelakangan ini dia sudah kekurangan pelanggan untuk membaiki kenderaan di bengkelnya.

Ini disebabkan orang melihat keadaan fizikalnya yang kurang upaya serta tiada sikap yakin serta kasihan untuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel Pak Busu.


Ini luahan daripada Pak Busu menerusi Facebooknya:


Patutlah orang tak nak hntar kereta ke bengkel saya untuk direpair. Rupa-rupanya orang kesian tengok saya buat kerja. Jangan kesiankan saya, sepatutnya you all kesiankan anak bini saya nak makan apa nanti. Ini dah tanggungjawab saya buat kerja.

Cari rezeki bagi anak bini makan, bagi duit perbelanjaan anak sekolah harian, bayar bil api air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi. Sesiapa yang kereta rosak tu, hantarlah ke bengkel IM AUTO GARAGE saya. Bagi saya buat kerja, dapatlah saya bagi anak bini makan untuk meneruskn kehidupan ni. 012-2195235.

Menurut Pak Busu, dia mengharapkan agar sesiapa yang berhajat mendapatkan khidmatnya boleh la menghubunginya kerana dia amat memerlukan pelangan agar dapat mencari rezeki bagi menampung kehidupan dia bersama dua orang anaknya.

Lokasi bengkelnya terletak di IM AUTO GARAGE di Melaka. Ramai netizen turut mendoakan agar Pak Busu dimurahkan rezeki demi mencari rezeki halal buat keluarganya.

Rata-rata memuji sikapnya yang tabah meneruskan kehidupan walaupun dia orang kurang upaya. 

Sama-sama kita doakan agar rezeki Pak Busu melimpah ruah.

Dalam pada itu, posting terbaharunya dia mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan netizen kerana membantu promosikan luahan hatinya dan mendoakan agar semua dimurahkan rezeki.

Bagaimanapun dia berharap agar penularan kisahnya tidak disalah anggap dan mengundang kecaman daripada segelintir masyarakat.

"Saya tidak mahu ada segelintir yang akan berfikiran negatif dan salah anggapan," katanya mengalami kecacatan pada kedua tangan dan kakinya.

Posting menyentuh hati itu pastinya mendapat perhatian netizen yang mendoakan Pak Busu dimurahkan rezeki untuk menyara keluarganya.

Kata seorang netizen, "Subahanallah, walaupun kekurangan tetapi demi tanggungjawab dia sanggup laksanakan, sama-sama kita tolong orang kita."


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2rkMqys
via IFTTT