Friday, 22 November 2019

Selepas Isteri Bersalin. Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih, Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit


Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. 

Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya. Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak.

Namun, ada juga perkara yang sering menjadi perbincangan ramai iaitu mengenai isu seperti isteri dilayan seperti orang gaji dan hanya duduk di rumah untuk menjaga anak-anak tanpa mendapatkan perhatian yang sepenuhnya.

Ianya juga merupakan salah satu sebab kenapa isteri-isteri di luar sana cepat letih dan akan mudah melenting kepada anak-anak. Mereka penat dan tidak cukup tangan untuk melakukan kesemua benda seorang diri.

Pengorbanan seorang ibu melahirkan anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu suami perlu menghargai isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat kita di dunia. Di saat itu, bermulalah tanggungjawab lelaki bergelar suami dan bapa dalam menjaga si ibu dan bayi. Semoga perkongsian dari Encik Matt ini bermanfaat.

Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ini akan baik dengan sendiri.



Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak terganggu dan semakin teruk. Bantu isteri ke tandas. Bantu isteri banyakkan berjalan. Bantu isteri susukan anak. Bantu isteri tukar lampin anak.

Bantu isteri mandi, buang air. Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia. Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang, sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.

Apa suami perlu buat? Ikan yang segar. Sayuran kampong. Ayam kampong. Telor ayam kampong. Daging lembu segar. Pantau luka. Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan cairan merah dalam badan dan elakkan DVT (cairan merah beku disaluran) Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup

AMBIL TAHU: ILMU PENYUSUAN, cari posisi bayi ketika menyusu. Amalan atau pantang larang ketika isteri berpantang. Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor. Jadual pemeriksaan bayi dan ibu di klinik. Basic urutan untuk ibu berpantang. Cara berbedong/bekong. Jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.

Suami kena selalu peluk isteri, ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita, terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang, abang sayang sayang, lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri. “Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, berikanlah dia ganjaran pahala, berikanlah dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari segala penyakit..”

Suami wajib doa untuk isteri, ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri. Insyaallah jika kita (suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok, isteri akan tenang. Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period.

Jika ada tanda selalu menangis, termenung, tiba-tiba kasari anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor. Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.

Sumber: the reporter, Encik Matt


from Sehinggit Media News https://ift.tt/37tbOCU
via IFTTT