Friday, 22 November 2019

Linda Rafar Larang Suami Diet, Lebih Suka Perut Buncit


Hampir 13 tahun meniti rumah tangga bahagia bersama pelakon Syed Aiman, penyanyi Linda Rafar memberitahu dia lebih suka suaminya terus berperut buncit. 

Malah, Linda turut melarang suaminya untuk diet.

Menerusi satu video dikongsikan oleh Linda, penyanyi itu mengusik sambil memegang perut suaminya yang kini sedang diet serta mengatakan bahawa dia lebih suka jika suaminya buncit.

Perkongsian Linda itu mendapat perhatian netizen terutamanya wanita yang mengakui sukakan suami mereka berperut buncit.


Bagaimanapun, ada wanita yang mengatakan mereka lebih suka jika suami menjaga badan, lebih sedap mata memandang.

Dalam pada itu, ramai yang mengatakan suka melihat gelagat pasangan tersebut yang sentiasa bahagia dan masih romantik meskipun sudah lama berkahwin.


Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ODnNFq
via IFTTT