Saturday 30 November 2019

Berdosa Ke Saya Pukul Kaki Suami Sampai Patah Kerana Dia Gilakan Perempuan Lain?


Perkongsian dari laman Kisah Rumah Tangga. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga bermanfaat dan menjadi pengajaran buat kita semua agar rumah tangga lebih bahagia. 

ASSALAMUALAIKUM. Saya nak minta pendapat sikit, jangan kecam dan berilah pendapat yang bagus. 

Saya seorang isteri yang betul-betul ada sifat panas baran. Baru-baru ini saya bergaduh dengan suami saya kerana dia gilakan perempuan lain. Walaupun dia tahu saya jenis yang setia, dia tak jaga saya sewaktu saya sakit di hospital.

Banyak lagi yang saya pendam bertahun-tahun dan disebabkan terlalu memendam perasaan, saya mula naik angin. 

Mula-mulanya pergaduhan kecil saja. Dia mula tampar muka saya, tolak saya ke tanah, tampar muka saya, ditendangnya badan sehingga saya terjatuh dari tangga.


Entah syaitan apa yang merasuki saya pada masa itu, saya dah betul-betul marah, saya pukul kaki suami dengan kayu besbol. Kedua-dua belah kaki dia saya kerjakan. Saya tumbuk muka dia kiri kanan, tumbuk kepala dia, cakar muka dia.

Kaki suami berdarah sebab kena pukul dengan kayu tepat pada tulang kakinya yang pernah patah dulu. 

Saya suruh dia ceraikan saya sebab saya dah tak boleh nak memaafkan dia lagi. Tetapi, dia tak nak. 

Persoalannya sekarang, betul ke selepas ini dia akan berubah? Takkan pukul saya? Takkan gilakan perempuan lain? 

Berdosakah saya sebagai isteri membalas balik pukulan suami saya? Sebab saya tidak suka dipergunakan oleh lelaki walaupun keluarga saya sendiri. Minta pencerahan. 

Sumber: Kisah Rumah Tangga via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2R7ciIY
via IFTTT