Friday, 1 November 2019

Suami Cerai Isteri Dengan Talak 3 Kerana Gigi Rongak

Gambar hiasan

HYDERABAD: Seorang wanita diceraikan suaminya hanya kerana memiliki gigi yang tidak sempurna.

Rukhsana Begum mendakwa suaminya Mustafa dan keluarga mentua sering mengganggunya selain mendesak agar wang hantaran perkahwinan ditambah, lapor portal Deccan Chronicle.

"Sejak dari hari perkahwinan kami lagi keluarga Mustafa meminta bermacam-macam perkara dan keluarga saya hanya menurut.

"Selepas perkahwinan kami, suami saya dan keluarga mentua paksa saya bawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah motosikal adik saya pun diambilnya," kata Rukhsana.

"Mereka selalu mendera saya dan akhirnya Mustafa berkata dia tak suka saya disebabkan gigi saya yang rongak dan dia tak mahu lagi hidup dengan saya.


"Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 ke 15 hari," katanya lagi.

Rukhsana yang berkahwin dengan Mustafa pada 27 Jun 2019 mendakwa dia dihantar ke rumah keluarganya apabila jatuh sakit, namun tidak lama kemudian diceraikan suaminya.


"Saya failkan aduan terhadap mereka dan Mustafa bersetuju untuk berbaik dan bawa saya pulang.

"Tapi pada 1 Oktober, Mustafa datang dan maklumkan tidak akan membawa saya pulang. Sebaliknya dia hina ibu bapa saya dan menuturkan talak tiga," kata Rukhsana.

Menurut polis, kes terhadap Mustafa dan keluarganya difailkan pada 31 Oktober setelah aduan diterima daripada Rukhsana pada 26 Oktober.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2N3d33x
via IFTTT