Gambar Hiasan |
Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan sebanyak 53 kes kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang media harian COVID-19 hari ini, beliau berkata, ia bersamaan dengan 1.59 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di negara ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 217 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,333 kes.
Selain itu, beliau berkata, seramai 108 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Kes kematian ke-51 (kes ke-2561) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac 2020 dan kemudian ke Institut Jantung Negara. Beliau disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 1.07 tengah hari.
Kes kematian ke-52 (kes ke-2122) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 52 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 7.55 pagi.
Kes kematian ke-53 (kes ke-2034) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak pada 24 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 9.30 pagi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan 60 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 827 kes (24.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/39AiPBz
via Merah Hati Cintaku