Wednesday 29 April 2020

94 Kes Baru Covid -19 Hari Ni. 72 Daripadanya Kes Import Pelajar Pulang Dari Indonesia


Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini, telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang kes tersebut dari Indonesia.

Manakala, jumlah selebihnya sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan tempatan.

Setakat hari ini, jumlah keseluruhan bilangan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 dengan 100 kematian dicatatkan.



Sumber: KKM via Siakapkeli



from Sehinggit Media https://ift.tt/3fboPF8
via Merah Hati Cintaku