Tuesday, 28 April 2020

‘Runner’ Kemalangan Putus Mata Pencarian, Isteri Terpaksa Mohon Bantuan


Seorang penghantar makanan mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Sungai Pinang beberapa hari lalu.

Menerusi posting di laman Facebook Penang Kini, kejadian itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Firdaus hilang sumber pendapatan bagi menyara isteri dan seorang anaknya yang masih kecil.

“Mangsa patah kedua tangan, kaki patah tiga, tulang punggung pun patah. Sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Mereka tinggal di Saujana Height, Teluk Kumbar.


“Keluarga dia hanya berharap pada dia untuk cari rezeki. Sekarang terputus terus mata pencarian. Duit simpanan pun takdak.

“Duit SOCSO pun tak layak. Duit untuk uruskan anak dan perubatan haraplah anda semua dapat bolehlah bantu. Kalau yang tak mampu, tolong kongsi pun takpe,” tulis posting berkenaan.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank isteri mangsa di 157380131265  (Syuhada) atau hubungi 017-3972307 untuk maklumat lebih lanjut.


Sumber : Penang Kini via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media https://ift.tt/2YkVGky
via Merah Hati Cintaku