Sunday, 26 April 2020

Sah Hamil Anak Kedua, Bella Astillah Mengaku Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz


Jodoh itu masih kuat! Baru-baru ini Bella Astillah, 26, telah mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua, selepas kembali rujuk bersama suaminya, Aliff Aziz.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Bella, menerusi balasan komen kepada pengikutnya di Instagram, mengesahkan desas desus mengenai status hubungannya dengan Aliff Aziz.

Dalam masa edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula


Menerusi balasan komen tersebut, difahamkan Bella dan Aliff rujuk semula ketika masih lagi dalam tempoh iddah lagi. Namun, perkara tersebut dirahsiakan dulu daripada pengetahuan ramai.


Hanya tawakal pada Allah

Namun, apabila ditanya mengenai tidakkah dia risau jika kecurangan lagi, Bella hanya bertawakal kepada Allah dan dia hanya mampu merancang yang terbaik buat keluarganya.


Tahniah Bella!

Sementara itu, diruangan komen rata-ratanya mendoakan kebahagiaan Bella dan Aliff, semoga dengan adanya zuriat kedua ini menguatkan lagi ikatan perkahwinan mereka.





Pada Mei tahun lalu, kontroversi kecurangan Aliff Aziz terhadap Bella Astillah menjadi perhatian ramai sebelum pasangan itu memutuskan untuk bercerai.

Sumber : Bella Astillah & Harian Metro via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/35a7uaJ
via Merah Hati Cintaku