Tuesday 28 April 2020

77 Kawasan Disahkan Zon Hijau Covid-19, Hanya Tinggal 12 Daerah Dalam Zon Merah


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesahkan jumlah kawasan merah (Red Zone) Covid-19 telah menurun dan hanya tinggal 9 daerah sahaja yang diklasifikasikan sebagai zon merah.

“Daerah dalam zon merah terus berkurang kepada 12 daerah. Zon hijau terus meningkat menjadi 77 daerah. Kita masih belum menang. Keadaan boleh jadi sebaliknya jika kita ingkar arahan PKP. Teruskan duduk di rumah, penjarakan sosial, elak berkumpul dan kerap cuci tangan,” kapsyen KKM Putrajaya menerusi Twitter

Zon hijau juga meningkat kepada 77 daerah setakat ini. KKM menasihatkan untuk terus kekal duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial, elak berkumpul dan kerap cuci tangan.


Kita masih belum menang, tetapi kita tetap yakin akan menang dalam peperangan ini.

Pencerahan: 12 Zon Merah adalah kiraan dalam kolum kes aktif, bukan kolum kes kumulatif



Sumber: KKM Putrajaya via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3aLPpB2
via Merah Hati Cintaku