Monday, 27 April 2020

PBB Gesa Bangladesh Terima Pelarian Rohingya Yang Terkandas Di Lautan


DHAKA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa Bangladesh menerima pelarian Rohingya yang kini terkandas di laut berikutan kebanyakan negara kini berdepan pandemik COVID-19 dan tidak dapat membantu.

Pesuruhjaya Tinggi hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet, memberi amaran akan berlaku tragedi kemanusiaan yang dahsyat sekiranya dua kapal berisi pelarian yang kebuluran itu tidak dibantu segera.

Beliau juga membuat rayuan kepada kerajaan Bangladesh selepas juga Menteri Luarnya, AK Abdul Momen, berkata negaranya tidak bersedia menerima pelarian terbabit.

Kenyataan beliau pada minggu lalu itu mencetuskan kejutan kerana hanya beberapa hari sebelum itu beberapa puluhan Rohingya dikatakan maut di atas bot yang terkandas selama dua bulan di laut.

Dua bot berkenaan dipercayai berada di perairan antarabangsa dengan harapan dapat mendarat di Malaysia, namun dinafikan peluang itu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Pasukan keselamatan Malaysia juga meningkatkan rondaan kerana menjangkakan cubaan penyeludupan manusia memasuki negara akan meningkat berikutan ada pihak mengambil kesempatan ketika dunia berhadapan pandemik COVID-19.

Kira-kira satu juta etnik Rohingya yang kini berada di kem pelarian di Bangladesh selepas melarikan diri daripada tentera di Myanmar, memilih ke untuk ke Malaysia kerana ia negara majoriti Islam dengan lebih banyak peluang kerja.

Sementara itu, jurucakap pengawal pantai Bangladesh berkata sejak usaha membantu kapal memukat ikan yang membawa 396 yang pelarian kelaparan pada 15 April lalu, kapal berkenaan tidak kelihatan lagi.

Menurut Leftenan Komander Hamidul Islam, kapal dan helikopter Bangladesh sudah melakukan operasi pencarian besar-besaran di Teluk Benggala selama 10 hari, namun gagal menemuinya.

Kementerian Luar Bangladesh pula Khamis lalu memaklumkan bahawa tentera laut dan pengawal pantai diarahkan tidak membenarkan bot berkenaan memasuki negara itu.

Amnesty International berkata pihak percaya sekurang-kurangnya tiga kali bot berkenaan terkandas selama beberapa minggu tanpa makanan dan air di laut, sekali gus mengundang risiko kematian yang tinggi kepada penumpangnya. - AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/2zv7h6k
via Merah Hati Cintaku