KFC tidak pernah mengecewakan pelanggannya dan sentiasa menyajikan hidangan yang ‘fresh’ dan sedap sesuai dinikmati seisi keluarga.
Kali ini, KFC perkenalkan menu baharu iaitu Nasi Kari Atuk yang akan berada di pasaran mulai 30 April 2020. Nasi Kari Atuk ini pilihan tepat buat anda penggemar kari untuk nikmati nasi dan ayam goreng bersama kuah kari istimewa yang enak berlemak.
Bukan itu sahaja, menu Nasi Kari Atuk ini juga akan dihidang bersama Sambal Atuk yang rasanya pedas dan sesuai dinikmati bersama kuah kari. Kiranya memang gabungan terbaik anda akan dapat nikmati apabila membeli menu terbaharu ini.
Menariknya, bagi menu Nasi Kari Atuk ini akan hadir dengan bekas seperti daun pisang dan tampil dengan pilihan set kombo 2 atau 3 ketul ayam dan box meal. Harga bagi set menu istimewa ini bermula dari RM16.30 sahaja.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri menu istimewa dari KFC ini, anda boleh dapatkan di KFC terdekat anda esok. Bukan sahaja boleh dapatkan secara ‘self-collect’, bawa pulang, pandu laju dan menu ini turut tersedia di aplikasi dan laman sesawang KFC, foodpanda dan juga GrabFood.
Anda diingatkan untuk menempah awal kerana KFC akan menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan lupa untuk cuba menu terbaru dari KFC ini esok!
Sumber: https://ift.tt/2lYDw1g
from Sehinggit Media https://ift.tt/3fe9ROG
via Merah Hati Cintaku