Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklukam bahawa pergerakan melebihi 10 kilometer dibenarkan jika terdapat keperluan tertentu.
Menurutnya dalam sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mewartakan bahawa pergerakan melebihi 10km atas sebab tertentu adalah dibenarkan.
“Kalini ini, kita wartakan dengan lebih jelas iaitu perkara-perkara yang kita benarkan adalah jika ianya melibatkan keperluan harian (membeli makanan), perkhidmatan kesihatan dan perubatan, kalau mereka terpaksa keluar dari 10 km, jadi kita benarkan.
Pergerakan lebih 10 kilometer bagi dapatkan keperluan harian dan perubatan dibenar jika terdapat keperluan - @IsmailSabri60 #PerintahKawalanPergerakan #COVIDー19 pic.twitter.com/kSM39vPgjD— BERNAMA (@bernamadotcom) April 29, 2020
“Kalau dulu, pihak polis menggunakan budi bicara, tetapi kali ini diwartakan didalam pewartaan terbaru. Dari segi peraturan, kita benarkan untuk mendapatkan keperluan yang disebutkan tadi, tetapi mestilah yang terhampir”, ujarnya.
Sumber: Bernama via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2W6S03s
via Merah Hati Cintaku