Tuesday 28 April 2020

PKP Tak Boleh Hapuskan Covid-19 Sepenuhnya, Perlu Bersedia Hadapi Virus Ini Dalam Tempoh Lebih Panjang – KP Kesihatan


Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa masyarakat perlu lebih bersedia melawan virus Covid-19 dalam jangka masa yang lebih panjang. (Rujuk video minit ke 24:55 )

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh menghapuskan Covid-19 sepenuhnya. Malahan masyarakat perlu bersedia menghadapi virus ini untuk tempoh yang lebih panjang. KKM akan meneruskan aktiviti-aktiviti pembendungan dan pengawalan. Meskipun begitu, penglibatan aktif rakyat adalah amat penting sekali. 

Ternyata kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan virus Covid-19 adalah kejayaan bersama, iaitu rakyat dan kerajaan.


Sumber: KKM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Ypc7wD
via Merah Hati Cintaku