Saturday 18 April 2020

Tahniah KKM! Kita ‘Boleh’ Menang, 2 Hari Berturut Kes Positif Bawah 100


Sejak beberapa hari ini, jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan dilihat semakin berkurangan. Sudah dua hari berturut, kes pesakit yang positif pendemik tersebut berada di bawah angka seratus.

Pada 16 April, kes positif adalah sebanyak 110 dan menurun pada hari semalam(17 April) dengan hanya 69 kes yang dilaporkan.



Hanya 54 kes positif sahaja hari ini

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa hanya 54 kes sahaja dilaporkan.


Hal ini sedikit sebanyak membuat rakyat Malaysia menarik nafas lega susulan daripada penurunan yang agak ketara sejak beberapa hari ini.


Namun begitu, dalam sidang media tersebut, KP Kesihatan memaklumkan bahawa ada dua kematian direkodkan sama seperti semalam.

Jumlah mereka yang sembuh turut sudah menjangkau sebanyak 3,102 kes dengan 5,305 kes positif kesemuanya.

Terus duduk rumah semua

Dalam pada itu, Dr Nor Hisham tetap masih mengingatkan kepada orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi memastikan rantaian Covid-19 akan terus terputus.


Sumber : KKM via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xEhDjN
via Merah Hati Cintaku