Satu perkongsian baharu daripada laman Facebook Ustaz Ebit Lew yang menunjukkan bahawa beliau sedang membantu sebuah keluarga di Baling, Kedah undang sebak kepada warganet.
Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.
Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.
Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.
Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka
Sumber: Ebit Lew
from Sehinggit Media https://ift.tt/353MWkr
via Merah Hati Cintaku