Polis tidak lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga bermula esok, sebaliknya individu yang ingkar akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.
MANA-MANA individu yang ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus dihadapkan ke mahkamah.
Tindakan tegas itu akan berkuatkuasa mulai esok (Rabu), kata Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Esok (Rabu) PKP fasa ketiga akan dilaksanakan. Saya percaya jangkaan rakyat kepada tindakan polis adalah keras dan tegas.
“Rakyat seolah-olah tidak takut kepada undang-undang kita hari ni. Mungkin kompuan RM1,000 tak dianggap begitu tinggi untuk takutkan mereka yangg ingkar PKP.
“Oleh itu polis mulai esok tidak lagi memberi tumpuan kepada kompaun. Mulai esok, individu yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskannya,” katanya dalam sidang media pada Selasa.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2V7pSh3
via Merah Hati Cintaku
