Tuesday 21 April 2020

“Kepada Mana-mana Ustaz Yang Tak Puas Hati, Hubungi Saya..” – Rakan Ebit Lew


Sejak pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew melakukan misi bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan tindakan murni beliau itu.

Terbaru, salah seorang rakan NGO iaitu Azhar Mohamad tampil menyuarakan pendapatnya terhadap golongan tersebut yang disifatkan menganggu kerja amal mereka dalam membantu orang susah.

Menurut Azhar, beliau mencabar golongan tersebut untuk menghubunginya kerana tidak sanggup melihat ustaz Ebit hilang semangat kerana mereka amat menghargai titik peluh pendakwah berkenaan.


Perhatian!


“Kepada ustaz2 yang tidak puas hati dan tidak senang dengan cara ustaz Ebit Liew, mohon telefon saya. Jangan ganggu semangat ustaz Ebit Liew buat kerja membantu warga…

“..sebab saya dan rakan-rakan NGO Islam hargai titik peluh ustaz Ebit Liew dan semangat kami bersatu dalam perjuangan demi warga,” tulisnya.
Beliau turut memberi nasihat kepada golongan tersebut yang berbunyi :

“…janganlah mengundang mazmumah untuk tinggal dalam hati kamu, takut-takut ianya akan bersahabat dengan Hubbun Dunia dan sukar untuk dihakis dan membuatkan kamu mati dalam lakonan,” katanya.


Posting berkenaan meraih 29,000 perkongsian serta 17,000 komen netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan Azhar.

Sumber : Azhar Mohamad via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3eFLybT
via Merah Hati Cintaku