Tuesday 21 April 2020

Budak Cina Mahu Jumpa Ebit Lew Untuk Peluk Islam


Seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew yang kini selalu menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Zulhamizam Mizam pada 18 April lalu dengan memuat naik gambar budak berkenaan yang dilihat turut memegang buku nota.

Mari la kita bantu dia


“Katanya nak jumpa ustaz Ebit Lew, nak perg Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan nak masuk islam. Mana tahu kot2 dia dapat belajar Islam di bulan Ramadhan yag akan tiba nanti.

“Itu je kita dapat bantu, ada la sikit2 dia cerita pasal keluarga tapi tak seronok kongsi dalam ni takut saya salah tulis,” katanya.


Posting berkenaan mendapat perkongsian hampir 600 kali dan beberapa komen netizen dimana mereka turut mendoakan agar budak itu akan dipertemukan dengan ustaz Ebit satu hari nanti.

Komen Netizen




Insyaallah niat baik dan ikhlas kalau ada rezeki, mereka pasti bertemu. Cuma ustaz sekarang kelihatan sibuk dengan jadual yang padat bagi menjayakan sumbangan untuk orang tidak berkemampuan!

Sumber : Facebook Zulhamizam Mizam via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3eHcuYY
via Merah Hati Cintaku