Wednesday, 25 March 2020

Sayu, Adik Fateh Yang Hidap Kanser Disahkan Positif Covid-19


Jangkitan wabak Covid-19 yang melanda negara telah mencecah 1,796 kes dan mengorbankan hampir 17 nyawa, setakat Rabu (25 Mac 2020).

Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekang penularannya kerana tidak kira tua atau muda, semuanya tidak terkecuali dijangkiti wabak ini yang pantas merebak.

Seperti nasib yang menimpa seorang bayi berusia 2 tahun 4 bulan yang didakwa menjadi mangsa terbaharu positif Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Lebih meruntun hati, adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee merupakan penghidap kanser darah Leukemia yang kini sedang menjalani rawatan kimoterapi.


Perkara tersebut dikongsikan oleh Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (PESONA) di facebook rasminya sebelum meraih perhatian warganet yang bersimpati akan nasib bayi tersebut.

Pihak PESONA ketika dihubungi berkata, ayah kepada Fateh yang merupakan ahli persatuan memaklumkan perkara berkenaan kepada persatuan semalam.

Menurut PESONA, ibu bapa Fateh serta adiknya telah melakukan ujian saringan dan mereka disahkan tidak dijangkiti wabak berkenaan.

Semoga adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee diberikan kesembuhan dan bebas daripada jangkitan ini. Amin!

Bagi sesiapa yang ingin memberikan secebis sinar buat anak-anak kecil yang menderita kanser, sumbangan boleh dihulurkan kepada tabung kebajikan PESONA di akaun bank berikut:

PERS SOKONGAN ANAK-ANAK KANSER (PESONA)
Maybank 556093257148


Sumber: Pesona via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UByBqA
via Merah Hati Cintaku