Wednesday, 25 March 2020

Bergerak Tanpa Alasan Penting, Semua Laluan Masuk Ke Bandar Kota Bharu Akan Ditutup


KUALA LUMPUR: Polis Kelantan akan menutup semua laluan masuk ke bandar Kota Bharu berkuatkuasa hari ini (Rabu).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan berkata, tindakan diambil selepas menyedari terdapat sebahagian rakyat negeri itu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka dikatakan bergerak tanpa alasan penting.

"Selepas saya bercakap ini saya akan tentukan khasnya di Kota Bharu ini saya akan seal betul-betul pada mereka tertentu sahaja.


"Macam tadi contohnya nak pergi bayar bil api luar Kota Bharu boleh bayar elektrik, boleh bayar duduk rumah pun boleh bayar  ikut eletronik pun buleh bayar, tak perlu bergerak, kecuali nak pergi ambil duit di bank kita akan seal. Kalau ada 50 peratus bergerak lagi, kita tutup, kemaskan lagi khusus di bandar Kota Bharu," katanya ketika mengadakan lawatan di sekatan jalan raya di sini siang tadi di sini pada Rabu.

Hassanuddin juga akan mengeluarkan arahan mengetatkan lagi kawalan supaya dapat mengecilkan pergerakan rakyat di Kelantan.

Dalam usaha pihak polis menjalankan tanggungjawab PKP ini juga, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap badan keselamatan itu.

Namun, polis terpaksa bertindak menahan mereka kerana menghina pihak keselamatan yang menjalankan tugas mereka.

Beliau juga akan mengarahkan anggotanya supaya mengawal pengguna jalan raya yang tidak mempunyai tujuan penting supaya balik ke rumah masing-masing.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UDS2iv
via Merah Hati Cintaku