Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan, pelbagai insiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dari segi sumber kewangan sejak wabak pandemik Covid-19 melanda negara kita.
Menerusi kiriman kenyataan media daripada Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri menunjukkan bantuan ‘one-off’ kepada Tahfiz Swasta, Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib di seluruh negara.
Antara bantuan tersebut adalah;
Bantuan sara hidup guru-guru dengan kadar RM 800 seorang yang akan memberi manfaat kepada 22,920 orang guru.
Bantuan pengurusan operasi bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan lain-lain perbelanjaan operasi kepada 2,119 buat institusi pendidikan di seluruh negara.
Menurut YB Senator Datuk Dr Zulkifli berkata, dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban warga institusi Pendidikan Islam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Sumber: Twitter Datuk Dr Zulkifli via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/39E8xQU
via Merah Hati Cintaku