Thursday, 2 April 2020

'Jangan Lari! Aku Lempar Dengan Tukul Besi Ni Kang!' - 6 Remaja Ingkar PKP Dicekup Penduduk Kampung


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 14 April ini sepatutnya berkesan memutuskan rantaian wabak Covid-19. Namun usaha kerajaan untuk menjayakan PKP mungkin berdepan dengan kegagalan berikutan masih ada malaun yang berdegil ingkar dengan arahan tersebut. 

Baru-baru ini viral di media sosial sekumpulan enam remaja lelaki dicekup penduduk kampung kerana lepak di luar rumah. 

Menurut sumber, video itu dirakam di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor di mana penduduk kampung itu sendiri yang menangkap remaja-remaja terbabit. 

Lelaki 1: "Hey jangan lari! Nak ke mana?! Tak reti ke? Tak reti bahasa?! "

Lelaki 2: "Hey! Hey! Hey sini! Aku lempar dengan tukul besi ni kang." 

Lelaki 3: "Ambil gambar, ambil gambar. Aku nak hantar pergi balai."


Lelaki 2: "Ada lagi dalam tu! Ambil gambar di rumah kau, malaun-malaun ni. Kurang ajar betul. Orang bertungkus lumus..."

Lelaki 1: "Orang lain bertungkus lumus duduk kat rumah, korang kat sini buat apa?! Aku jumpa (lagi) seorang-seorang, memang aku hantar ke balai! Ha, tengok muka aku ni!

"Kau! Anak Wahid! Kau jangan ngan ngan ngan ngan ngann jadi kepala samseng kat sini. Aku ingatkan kau. Patutnya engkau larang orang datang ke rumah kau!" 

"Kau ingat aku tak boring ke duduk rumah? Jangan main-main. Aku nak ambil gambar (korang) ni eh?! Aku akan hantar gambar ke ba ba balai." 

Lelaki 2: "Buka penutup mulut, biar nampak muka kau. Ha! Ambil gambar. Tengok depan, jangan tunduk!" 


Sementara itu di media sosial, netizen memuji usaha penduduk kampung mengambil tindakan tegas itu bagi menjamin keselamatan penduduk lain.


Sumber: Zack Zed via The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/2X6PXOS
via Merah Hati Cintaku