Wednesday, 25 March 2020

16 Lagi Pesakit Covid-19 Telah Sembuh & Dibenarkan Pulang Hari Ini


Terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada 25 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad sebanyak 199 kes.

Terdapat 172 kes baru dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 1,796 kes.

Sebanyak 71 kes daripada jumlah baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.


Seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 34 kes daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian termasuk satu (1) yang dilaporkan malam tadi menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 19 kes.


Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/39gIGi2
via Merah Hati Cintaku