Wednesday, 28 September 2016

WAJIB BACA!! Penjelasan SM Faisal Tentang Video Viral Pisahkan Anak Dengan Bekas Isterinya

WAJIB BACA!! Penjelasan SM Faisal Tentang Video Viral Pisahkan Anak Dengan Bekas Isterinya

sm

Hari ini telah kecoh tentang satu video yang menjadi viral menunjukkan seorang anak dipisahkan dari ibunya di mahkamah.

Ternyata ramai yang sayu menonton video tersebut (LIHAT DI SINI)

Orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib kanak-kanak terbabit yang pastinya trauma dengan kejadian tersebut.

Namun, ayah kanak-kanak berkenaan sebenarnya merupakan individu yang dikenali ramai iaitu tokoh korporat Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang juga bos kepada kumpulan NAZA.

Akhirnya SM Faisal telah tampil menjelaskan hal yang sebenanrnya yang berlaku.

Jom baca:

Terpanggil Untuk Jelaskan Perkara Sebenar

Saya bukanlah seorang individu yang gemar menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum, namun selepas sebuah video dihebahkan dan mendapat pelbagai ulasan daripada netizens, saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut.

Hadir  ke Mahkamah Syariah atas perintah penghinaan mahkamah (contempt matter) terhadap bekas isteri saya yang gagal hadir ke prosiding sebelumnya.

Saya pergi bersama ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya, kerana ibu dan adik-adik saya mahu bertemu dengan cucu dan anak-anak saudara yang dirindui.

Terdapat ramai wakil daripada pihak bekas isteri saya yang turut hadir, termasuk beberapa orang individu yang merakamkan segala yang berlaku dalam kamar Mahkamah.

Mahkamah Beri Kebenaran, Hanya Sehari Sahaja

Pada penghujung prosiding, pihak Mahkamah memberi kebenaran kepada saya untuk membawa pulang tiga orang anak-anak saya selama satu hari sahaja.

Walaupun untuk sehari sahaja, saya amatlah gembira. Namun, disebabkan anak sulong saya tidak sihat, pihak mahkamah setuju membenarkan dia untuk tinggal bersama ibunya.

Keluarga pihak bekas isteri telah melaungkan kata-kata nista terhadap saya dan keluarga.

Saya tidak bertindak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengan tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang anak saya yang sangat saya rindui…

Tiba-Tiba Bekas Isteri Rebah

Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.

Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.

Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.

Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.

Dapat Bawa Anak Bongsu

Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersamanya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.

Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.

Ada Pihak Sengaja Besarkan Cerita

Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.

Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.

Sebagai seorang bapa, saya hanya mahukan penyelesaian yang cepat dan adil demi kebajikan dan masa depan anak-anak saya

The post WAJIB BACA!! Penjelasan SM Faisal Tentang Video Viral Pisahkan Anak Dengan Bekas Isterinya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2drAgbF
via IFTTT