Wednesday, 28 September 2016

Sedih!! Ada Orang Call Minta Duit, Muka Auntie Ni Dah Risau…

Sedih!! Ada Orang Call Minta Duit, Muka Auntie Ni Dah Risau…

kisah

Ibu bapa akan sentiasa menjaga anaknya tidak kiralah walaupun anak itu dah berkahwin atau bekerjaya.

Satu kisah benar telah dikongsikan oleh saudara Muhaimin di laman sosial FB tentang kisah benar yang berlaku sendiri di depan matanya.

Ianya tentang kasih seorang ibu kepada anaknya yang emminta wang walaupun wang sendiri tidak cukup.

Jom baca perkongsian ini:

Kisah Auntie Di Maybank

RASA SEDIH!

Tadi sy pergi MAYBANK. Beratur belakang sorg Auntie nie. Dari belakang intai dia keluarkn duit. Tengok Ada baki RM13. Dia nk keluarkn RM10 tak boleh sbb “insufficient balance”.

Ada org call dia mcm minta duit kasi bankin cepat-cepat mcm Ada kecemasan. Sy perhati dr belakang!

Muka ny dah Risau Dan dia beratur dekat “deposit Machine”. Sy duk belakang dia Dan tanya “Auntie.. Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?”

Auntie jwb “tidak.. Mau kasi sama anak kerja dekat pineng tak cukup wang mau makan!”.

Sedih bila renung…auntie yg umo 60an lebih masih mau pikir lg kasi anak makan. Dunia macam sudah terbalik, seorang mak kasi makan dia punya anak lagi wlw anak sudah besar oo…

Sy Tanya ” auntie sudah makan? Takpa auntie Simpan ini wang sy belanja auntie makan”. Dia menangis Bila sy ckp itu macam. Sy pun sedih rupanya ramai lg org susah dri saya.. Sy tak sanggup tengok org susah sb sy pernah susah!

Borak2 dgn auntie then kasi dia sy punye bisnes card. Takpa auntie apa2 blh col sy.. Ada business utk dikongsikan. Sy pun tak mau senang sorang2.

“Ok thanks ya adik”. Ok sama2 autie!

Pesanan kepada Anak-Anak

ps: “Ingat wahai anak-anak!

– Ingat, bila anak minta duit dgn mak/ayah, wlwpn mereka takda duit mereka tetap kata ada! Mungkin diorang pinjam dgn jiran sebelah gara2 nk bagi duit kat anak!

– Ingat, Kalau kita tak boleh bagi mereka duit, jangan minta darinya. Cukuplah mereka dah besarkan kita dgn ilmu blh Cari duit sdiri.

– Ingat, mak/Ayah tidak perlukan duit korang sebenarnya. Dia perlukan perhatian balik jenguk dia kat kampung sudah memadai. Kalau busy call pun ok. Sejuk hati diorang dgr khabar. Jgn nk duit Baru sibuk call.

– Ingat, busy memanjang site meeting sana sini, appoinment bisnes siang malam akhirnya duit pun tak pernah cukup. TIBA masa utk korang balik rumah pandang muka mereka.

– Ingat, pandang Muka mereka, rezeki mudah masuk! In sha Allah.
.
Ya.. Boleh SHARE cerita ini, biar semua org baca cerita sebenar… Kasi anak2 faham keadaan mak/ayah mereka. Jgn susah kn mereka lagi… Mereka dah tua.

KITA HIDUP TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN BERUPA HARTA, HANYA DOAKAN SY MURAH REZEKI DAN DIBERI KESIHATAN YG BAIK.

Anak-anak zaman sekarang memang kebanyakannya sering melupakan orang tua di kampung setelah bekerja dan berkeluarga.

Nak melawat pun susah, ada sahaja alasan apatah lagi memberi duit poket kepada ibu bapa.

Mari kita share artikel ini agar sama-sama dapat dijadikan teladan.

The post Sedih!! Ada Orang Call Minta Duit, Muka Auntie Ni Dah Risau… appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cXpfyf
via IFTTT