Tuesday 20 September 2016

Luluh Hati Lihat Anak Dilanggar Lori Depan Mata

Luluh Hati Lihat Anak Dilanggar Lori Depan Mata

sayu

Satu kemalangan maut telah berlaku di Perak yang melibatkan sebuah lori melanggar seorang kanak-kanak lelaki darjah empat.

Luluh hati seorang ibu apabila melihat depan mata anak bongsunya maut dilanggar lori terbabit sewaktu hendak ke sekolah.

Kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan apabila mangsa, Mohammad Haikal, 10 tahun digilis ketika dia hendak melintas jalan ke sekolah bersama rakan-rakannya.

POLIS

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenan Omar Bakhtiar Yaacob memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar 7.20 pagi dan mangsa dikatakan dirempuh oleh sebuah lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth.

Ini kenyataan Polis:

“Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa tergilis seterusnya maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

” Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”

AYAH MANGSA

Ayah kepada Haikal, Helme Ahmad dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan dilihat sebak apabila kehilangan anaknya ketika ditemui di unit forensik di Hospital Parit Buntar.

Menurut En Helme, mangsa amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya. Apabila emlihat kejadian didepan mata, ibunya itu kini dalam keadaan trauma.

“Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.

“Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak,”

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur nanti. Takziah buat ahli keluarga, semoga tabah hadapi dugaan ini. -SinarOnline/PENMERAHDOTCOM

The post Luluh Hati Lihat Anak Dilanggar Lori Depan Mata appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dirv76
via IFTTT