Wednesday 28 September 2016

Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman

Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman

ao

Hari ini satu pengumuman mengejutkan dibuat oleh Universiti Malaya apabila menafikan telah memberi gelaran Doktor melalui Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman.

Menerusi laman web Richworks iaitu syarikat milik Azizan, ia jelas memberitahu Azizan memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

Ini kenyataan media oleh UM:

um

“Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.”

Azizan Osman merupakan pakar motivasi dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Setakat ini Azizan sendiri belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Universiti Malaya (UM) Nafi Beri Gelaran ‘Doktor’ Kepada Azizan Osman appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dc1wfc
via IFTTT