Thursday, 29 September 2016

Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib

Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib

madu

Ini merupakan satu kisah benar yang berlaku di Malaysia dan amat ‘rare’. Seorang isteri telah memujuk suaminya bernikah dengan sahabat baiknya sendiri.

Ahli perniagaan bernama Ida Nirwana memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan rakannya, Norinie sebagai madunya.

Ida yang berumur 26 tahun menyatakan rakannya itu Norinie Rahmad, 35 tahun yang juga seorang yatim piatu, sebagai calon dan pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya sebagi madu.

Namun Ida akui terpaksa memujuk suaminya, Hakim Kusaini yang berumur 32 tahun untuk menerima Norinie dan bernikah dengannya.

Ini komen Ida:

Suami Keberatan Pada Mulanya

“Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

“Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir.

“Ketika suami meminta untuk berfikir, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak fitnah,”

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

“Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling.

“Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama ‘didi’.

“Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini,”

Detik Perkenalan

Dia mula mengenali Norinir pada awal Mei 2015 ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

“Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.

“Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama,”

Madu Tiada Tempat Mengadu

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

“Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya.

“Tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

“Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,”

Tahniah buat mereka sekeluarga. Semoga hidup berbahagia selalu. -PENMERAHDOTCOM

The post Isteri Pujuk Suami Kahwin Dengan Sahabat Baik, Maduku Kawan Karib appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dazH7x
via IFTTT