6 Petua Halau Lalat Dari Dapur Rumah
Lalat berterbangan di dalam rumah boleh membuat kita rasa rimas dan tak selesa. Apatah lagi jika sedang sibuk memasak atau menghidangkan makanan.
Haiwan ini sememang suka menghinggapi tempat dan benda yang kotor dan sekiranya lalat hinggap makanan kita, sudah tentu banyak kuman, bakteria yang tertinggal di makananan.
Makanan yang telah dihinggapi lalat sebaiknya tidak di makan, karena makanan tersebut dapat mengakibatkan beberapa penyakit. Kesannya kesihatan anda sekeluarga akan terganggu.
Ini merupakan beberapa petua bagi mengelakkan dari lalat di dapur rumah anda:
Bunga Cengkih
1. Ambil bunga cengkih dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
Daun Kari
2. Ambil daun kari dan kibaskan pada lalat yang berterbangan di dapur anda. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan anda.
Tangkai Daun Belimbing
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan anda.
Lilin
4. Ambil beberapa batang lilin dan nyalakan ia. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan anda. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong. Teknik ini selalu digunakan di kedai makan atau gerai tepi jalan.
Lavender
5. Bau lavender juga dikatakan mampu mengusir lalat. Lebih bagus jika dapur anda diletak kan beberapa tangkai lavender.
Sekiranya tiada lavender, cukup la dengan semburan bauan lavender ke ruangan dapur anda. Dikatakan, lalat tidak suka kan bau lavender.
Daun Pandan
6.Daun pandan dikatakan kurang disenangi oleh lalat. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun pandan yang tua, hiriskan nipis dan letak kan di dalam semangkuk air berisi air suam
Ini antara petua orang dulu-dulu. Kita bolehlah mencuba. Semoga rumah kita terhindar dari lalat. -PENMERAHDOTCOM
The post 6 Petua Halau Lalat Dari Dapur Rumah appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2d9PH8Q
via IFTTT