Kehidupan Farah Lee Selepas Bercerai Dengan Ally Iskandar
Farah Lee merupakan bekas isteri kepada pengacara televisyen, Ally Iskandar yang baru sahaja bercerai talak satu pada 17 Ogos lalu.
Sejak bercerai, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli dilihat selalu memuatnaik luahan hatinya di laman sosial dengan menggunakan ayat-ayat puitis seperti memujuk diri sendiri.
Antara luahan hatinya ialah “Sekeping omma membawa diri,”. Omma merupakan panggilan buatnya untuk anaknya.
Jom baca beberapa luahan Farah Lee di ruangan Facebook:
Luahan Hati Pertama
Aku eja setiap huruf
Setiap huruf itu menyembuh
Basah hati, basahlah pipi
Hairan
Banyaknya sayang dari asing yang datang
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali
Hanya perlu hati yang suci
Salah magnet, menolak
Betul susun, menarik
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan
Dia yang menolak
Dia yang menarik
Sebab yang memegang yang merah di dalam
Itu Tuhan
Setiap dahan yang dipatahkan
Pasti tumbuh semula yang cantik
Kadang masih tumbuh di sama
Kadang pula tumbuh di baru
Tapi pasti ianya lebih cantik
Sembuh
Huruf tadi aku dah eja
Maka aku tulis pula huruf yang baru
Untuk kau yang sayang
Moga kau juga di sayang Tuhan
Kerana hebat kau mendoakan
Luahan Hati Kedua
Reading my fav book for countless times, and today, by the pool
Stay blessed everyone. Kita je yang dapat tentukan kita nak happy ke tak nak. Tak boleh salahkan orang, sebab kita dan Allah je yang mampu kawal hati kita. Doa kena banyak.
I received tons of PMs DMs and emails, ramai yang sedang melalui dan berkongsi saat-saat sukar dalam hidup. Saya belum sempat reply semua. InshaAllah one by one ya..
Tapi here in bulk, for those who is in misery, ingat macam ni je, life is short and so dunya is temporary. Don’t grieve over things so bad, sometimes we have to let go to give space for a better thing to get in. Maybe the same thing but in a better form, or just an other better thing.
Does not mean no more effort, effort is effort. But at the same time, be content of what we have. Dengan bersyukur Allah akan bagi lebih lagi.
Janji Allah pasti, be happy
Luahan Hati Ketiga
Awan hujan
Bukan awan tak redha
Awan berat
Tak larat lagi nak tampung
Jadi dia mendung dan turun
Mentari terang
Bukan mentari tak sedih
Mentari paksa
Sebab mentari dia
Kena selalu kuat bernyala
Dan yang Atas
Tak pernah zalim
Kalau hujan pun Dia Rahman
Kalau terang pun Dia Rahim
Sebab yang merah di dalam
Hanya yang Alim faham
Yang kau perlukan jam
Untuk kembali cantum dan aman
Tapi
Kalau hujan sentiasa
Boleh banjir
Lemas
Dan tapi
Kalau terang sentiasa
Boleh kemarau
Kontang
Selain yang merah
Di dalam juga ada lagi seketul yang gah
Fikir
Guna yang gah itu
Fikir
Bangun, berlari lagi
Ini, bukan mati
Farah Lee dan Ally Iskandar mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel yang amat comel dan kini berusia 2 tahun lebih. -PENMERAHDOTCOM
The post Kehidupan Sayu Farah Lee Selepas Bercerai Dengan Ally Iskandar appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2df5vve
via IFTTT